Definisi Anyaman
Anyaman bermaksud
proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam
ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan
ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Sejarah dan
Perkembangan
Anyaman merupakan seni
tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman
adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa
Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan.
Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk
menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan
Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di
negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut
dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa
negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung.
Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih
terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Tokoh Anyaman Pandan
dan Mengkuang
Puan Aminah dilahirkan
pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat
penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf
anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982
beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman
anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli
kraftangan anyaman.
Ada beberapa hal yang
harus di ketahui tentang sejarah anyaman, yaitu :
1. Dipercayai seni graf tangan muncul dan bergembang tanpa pengaruh luar.
2. Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa senggang dan bukan sebagai mata pencarian utama.
3. Hasil graf tangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih atau kenang-kenagan.
4. Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika dia tidak mahir dalam seni anyaman.
5. Proses anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita; lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya.
6. Perusahaan anyaman biasanya dilakukan secara individu dan secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha ekonomi bagi orang-orang di kampung.
7. Kini,terdapat organisasi dan perbadanan yang mengusahakannya, dengan skala yang besar seperti cawangan-cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Persatuan Gerakan Wanita Felda, Pusat Graftangan Felda, dan sebainya.
8. Hasilan anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan.Hasilan anyaman tidah terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja. Ciptan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan sering diubah-ubahkan mengiikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Jenis-Jenis Anyaman
Jenis Anyaman Bahan
Hasil anyaman.
Anyaman Mengkuang Daun
mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain.
Anyaman pandan Daun
pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain.
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain.
Anyaman Rotan Rotan
yang telah diproses Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain.
Anyaman Lidi Lidi
kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu Paku
pakis ribu-ribu. Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna
dan lain-lain.
Contoh hasil karya Anyaman